AURANYA MAWI DALAM KALIMAH SENI
Ayuh bicara soal citarasa. Bila bicara soal citarasa kita
dekat dengan soal warisan mahupun budaya. Yang membentuk kita seawalan usia mahupun di pertengahan remaja. Dikebijakan belia.
Dan di kala pengalaman berulang-ulanag mengilhami kehidupan masing-masing.
Genre rock dan blues kuat membesarkan kita. Dalam laguan
karyaan M.Nasir dan yang seangkatan. Jiwa jazz dan soul turut menjinak sebahagian kita dalam sentimentalnya karyaan Ahmad
Nawab dan seangkatan. Jiwa tradisional dalam besaran S.M. Salim dan kaumnya. Juga jiwa Pop barisan pejuan 60an 70an. Dalam
keroncongnya P.Ramlee dan ramai lagi. Dalam dangdut. Dalam Sudirman. Dan dalam apa jua.
Akhirnya kita singgah sementara dalam Mawinya lagu ini.
Genre apa mahu dibilang. Boleh beri apa sahaja. Dibawa sahaja Mawi lalu apa jua genre pun jadinya Mawi. Pernah juga ini berlaku
pada Jimmy Hendrix(JH). Apa sahaja yang JH bikin jadinya genre JH. Aura Mawi juga pernah ada sejarah dalam kehebatan auranya
Abdel Halim Hafez. Aura John Lenon dan Aura Kurt Cobain(Nirvana).
Kini pula Melayunya Mawi. Melayunya P.Ramlee. Dunia ini
bukankan sejarah yang berulang-ulang?