Misz Lyra. Dialah gadis itu. Anak sulung kepada Bro E Clapton n Ibu Zaleha.
Gadis ini kuat semangatnya menyokong Mawi. Dia telah kenal saya seawal
pertemuan di Malam Seribu Kenangan. Saya cuma ingat insiden yang mana saya membantu keluarga mendapatkan meja. Kasihan mereka
yang sepatutnya meja mereka berada di tengah-tengah dah terperosok di balik tiang besar. Saya hanya boleh katakan. Insha Allah,
suatu hari nanti tuan puan sekalian akan dapat lebih rapat dengan Mawi.
Saya hilang dalam dunia persahabatan Mawi sejurus selepas itu dan muncul
kembali dalam ehwal yang saya tidak begitu rasakan yang akan saya kembali. Ianya adalah kerana Seansan nak sangat mengajak
saya ke Program Pelancaran Album Sulung Mawi. Dari hari itu saya terjebak kembali di kancah MawiFC.
Dan setelah memulakan persilatan di sini, dua tiga kali gadis montok ini
menyapa saya mengimbasi kisah Malam Seribu Kenangan. Saya tahu kisah itu tetapi tidak tahu siapakah dia. Dalam pada
itu, ketika kempen "Dunia Sudah Aman" hampir selesai, saya tertarik kepada suatu Posting "Celebration Song" oleh E Clapton.
Saya buka dan lihat ada suatu reply - Ni kes apa nih? - dan dia tak faham apa yang ditulis E Clapton.
Saya faham yang itu adalah bingkisan lirik lagu "Celebration Song" oleh
Led Zeppelin. Saya teruja melihatnya kerana rasa macam ada juga kutu yang macam kepala aku di sini. Saya tegur beliau dan
akhirnya kami berkomunikasi melalui E-Mail.
Pada masa ini rakan kongsi perancangan strategik MawiFC hanyalah
Kak Ita. Saya sudah maklumkan kepada Kak Ita tentang perjuangan E Clapton lalu mereka bertemu dalam Majlis gerakan Belia 4B
yang mana Mawi ada hadir memberikan Ceramah Anti Dadah. Team E Clapton telah bergabung dengan kami sejurus selepas itu.
Timbul pula Anie Ayiem yang menggesa satu gathering MawiFC Selangor. Lalu
saya beri respons dan juga minta Misz Lyra ambil pusing. Lantas terjadilah kerjasama. Dalam pada itu datang pula jemputan
dari Bro. Dewa Sapri untuk MawiFC terlibat dalam rakaman VC LJLC di Ipoh. Dan kami cuba mengambil kesempatan untuk menjayakan
Gathering Santai MawiFC Perak di Ipoh. Misz Lyra, Ibu Z dan sepupu ML hadir sama. Mereka sangat puas di lokasi dan pada sebelah
malamnya.
Bila melihat VC LJLC, bagi saya dan beberapa rakan yang hadir di lokasi
amat tersentuh sebenarnya. Pada hari itulah gemblengan kekuatan MawiFC bermula. Saya bariskan nama Kak Ita, Shida, Seansan,
Ibu Z, ML, sepupu ML, Kaza n isteri, Abang30 dan isteri dan anak, KNothing, Kv Luvme, Naqshi, stepup tx, ridzzal, mariawow
n adik, dan dua gadis Manjoi (maaf kalau ada yang tertinggal).
Kepada Abang30 n KNothing saya kirim pesan jayakan Gath Utara, lalu berlakulah
ia di S.Petani. ridzzal jadi semangat lalu nak buat Gath Johor. Dan MLyra n ibuZ terus bergegas ke Kelang dengan tekad dan
azam jayakan Gath D Central. Pada hari rakaman semangat LJLC mula bergegar dan bergelombang. MawiFC bertunjang dan
berakar!
Tibalah saat Gath MawiFC D Central di Uitm Shah Alam. Kami teguh menggelombangi
nyanyi bersama LJLC. Ada ramai hadir. Rangkaian @15 bergabung jadi satu. Bro. Zaeysmart, Captain Mawi, Raikonen, Nurhanie,
Siberlove, Abg Zack, Miss Lizz dan ramai lagi. Anie Ayiem, isuzu aizu, The Doors, Kak Nor, Ibu Datin, Aweks a.k.a Fatimah,
stepup tx, Strato n friend, iq2020 dan ramai lagi. E Clapton n Family selaku tuan rumah. Saya datang bersama Seansan lagi.
Dan di Utara di Sg Petani, semangat LJLC sekali lagi bergelombang. Abang30,
KNothing, kak beyonce, kak Muny, kak Jie Arr, shaera, gadis millenium(mell), gadisworld, kerapu bara, badar843, pejol dan
ramai lagi.
Turun pula ke Batu Pahat bersama Seansan, Kak Ita, MLyra n Ibu Z dan bersemuka
dengan Makwe Manje, Bro. Terang Bulan, amarkusayang, Pak Tua, ridzzal dan ramai lagi.
MawiFC - Kita adalah adik beradik!
Dan untuk M Lyra - adik mungkin sudah tahu perancangan strategik kita.
Kita lakukanlah yang terbaik. Tugas adik semakin berat. Kita bawa Mawi dikedekatan peminatnya. Dan setiap yang kita bawa semuanya
pun telah menjadi kuat. Ini kerja organisasi bukan mudah. Perlukan pengorbanan besar. Abang amat tahu apa kekuatan adik
dan apa yang adik boleh lakukan untuk kita semua. You are so strong girl and that is what I know about you and what you can
do.
Demikianlah sedikit bingkasan. Apa yang kita ada sekarang adalah jaringan
walau masih rapuh. Justeru kerana kecermatan dan berhati-hati dan melakukannya dengan penuh seni dan kehalusan, kita berjaya
lakukannya bersama. Organisasi diluluskan, mengadakan AGM dengan teratur dan seterusnya bila tiba suatu event...we didi it!
Ini bukan kerja satu dua orang. Ini kerja ramai orang. Semua pun terlibat sama.